fbpx

Gantung diri tertekan hilang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH yang disewa mangsa bersama keluarga terletak di Taman Berjaya, Kluang. Foto MOHAMAD FAHD RAHMAT

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seorang tukang masak yang diberhentikan kerja kerana Covid-19 bertindak menamatkan riwayat hidup dengan menggantung diri dalam kejadian di Taman Berjaya, Simpang Renggam di sini pada Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa yang berusia 38 tahun menjerut lehernya menggunakan sehelai kain cadar dan menggantung diri hingga maut di tangga rumahnya.

“Pada 9.49 pagi, pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan Kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan jirannya menggantung diri.

“Anggota polis pergi ke lokasi dan mendapati seorang lelaki telah mati gantung diri.

“Pihak ambulans sampai dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, si mati sudah berkahwin dengan seorang wanita warga China an mempunyai dua anak.

“Tempat kejadian merupakan rumah yang disewa simati dengan bayaran RM800 sebulan.

“Si mati bekerja sebagai tukang masak di Singapura, tetapi dihentikan kerja sejak Mac lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Si mati tidak mempunyai hutang dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Abdul Razak berkata, siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati tiada unsur-unsur jenayah dalam kes itu.

“Bedah siasat dijalankan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang dan punca kematian adalah disebabkan menggantung diri,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI