fbpx

Perlu pemandu bas kedua elak risiko kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hasnor (kanan) bersama pegawainya memeriksa dokumen salah seorang pemandu bas pada Ops Terminal di Lembah Sireh, Kota Bharu malam tadi . - Foto ZULHANIFA SIDEK

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengambil tindakan tegas dengan menyaman pengendali syarikat bas ekspres yang gagal menyediakan pemandu kedua untuk perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau empat jam.

Ketua Seksyen Operasi JPJ Kelantan, Mohd. Hasnor Kutik berkata, kegagalan tidak mematuhinya boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seperti yang ditetapkan, pemandu kedua diperlukan setiap perjalanan melebihi 300 km atau empat jam.

“Kita bimbang jika tiada pemandu kedua kemungkinan risiko kepada penumpang boleh berlaku seperti kemalangan atau sebagainya. Jadi, saya ingin mengingatkan supaya pengendali syarikat bas mengambil berat dalam hal ini sebagai langkah awal keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan operasi sempena Ops Terminal di Lembah Sireh di sini semalam.

Operasi yang bermula pukul 8 malam itu melibatkan seramai 36 pegawai dan anggota daripada JPJ, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan negeri.

Dalam operasi itu, seramai lima wanita warga Thailand berusia dalam lingkungan 20-an ditahan kerana permit tamat tempoh ketika menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur selain enam kes dikesan di bawah Jabatan Kesihatan kerana tidak ketidakpatuhan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk tidak memakai pelitup muka.

Mengulas lanjut, Mohd. Hasnor berkata, dalam usaha untuk mengenal pasti pengendali bas menggunakan pemandu kedua atau tidak, JPJ akan melakukan pemeriksaan di destinasi tertentu iaitu melebihi 300 km sama ada ke ke Kuala Lumpur atau Utara.

“Pengendali syarikat bas juga diingatkan supaya tidak memberi sebarang alasan yang tidak munasabah berhubung pemandu kedua apabila JPJ melakukan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada tindakan saman dikeluarkan terhadap pengendali syarikat bas ekspres di negeri ini yang berkait dengan pemandu kedua,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI