fbpx

Kompleks pentadbiran kerajaan Melaka dikosongkan untuk nyah cemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kesihatan melakukan kerja-kerja nyah cemar di sekitar bangunan tersebut.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Semua kakitangan kompleks pentadbiran kerajaan negeri ini diarahkan pulang serta merta bagi membolehkan operasi nyah cemar dilakukan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

Jurucakap JBPM negeri berkata, pasukannya telah ke kompleks tersebut selepas mendapat panggilan daripada pihak kerajaan negeri untuk menjalankan proses berkenaan.

“Sebaik menerima panggilan daripada pihak kerajaan negeri sepasukan anggota dan pegawai kemudian ke Kompleks Seri Negeri bagi melakukan proses sanitasi.

“Ia cuma sanitasi biasa sahaja atas permintaan memandangkan pihak kami mendapat permintaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu sebarang kenyataan rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media harian petang ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai beberapa keping gambar sepasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri.

Tinjauan Kosmo! di bangunan pentadbiran itu mendapati semua bangunan telah dikosongkan dan difahamkan segala urusan membabitkan kerajaan negeri hanya akan disambung pada esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI