fbpx

Henti sebar Bangladesh bergelang tangan hijau positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki Bangladesh ditemui memakai gelang tangan berwarna hijau di Terminal One Seremban hari ini.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Polis memohon orang ramai untuk “berhenti” menyebarkan maklumat tidak tepat berkaitan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang memakai gelang berwarna hijau positif Covid-19 yang dikesan berada di Terminal One Seremban, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, polis telah membuat pemeriksaan ke atas lelaki berusia 31 tahun berkenaan bersama-sama kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sekitar pukul 9.30 pagi.

Menurutnya, semasa pemeriksaan pihak jabatan kesihatan telah mengesahkan gelang hijau berkenaan bukanlah yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan dan lelaki berkenaan bukanlah merupakan pesakit dalam pemantauan (PUI) Covid-19.

“Kita gesa orang ramai berhenti sebar maklumat tidak sahih di media sosial sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam. Sekiranya dikesan melakukan kesalahan berkenaan, mereka boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagi lelaki Bangladesh berkenaan, kita sedang menyiasat dari mana dan atas sebab apa dia memakai gelang hijau berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Said berkata, buat masa ini, lelaki berkenaan kini ditahan di bawah Akta Imigresen kerana gagal menunjukkan pasport semasa pemeriksaan dijalankan.

Hari ini, viral di media sosial WhatsApp dan juga Facebook seorang lelaki Bangladesh bergelang tangan hijau datang ke Terminal One, Seremban untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Dalam viral berkenaan mendakwa lelaki tersebut merupakan pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah.

Turut terkandung dalam viral berkenaan nasihat untuk tidak datang ke Seremban sekiranya tidak mempunyai sebarang keperluan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI