fbpx

DBKL perlu kekal matlamat bantu orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham berucap pada majlis perpisahannya yang diadakan di Menara DBKL 1 hari ini.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu terus komited membantu penduduk di sekitar ibu kota.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, agensi itu turut perlu meneruskan tujuan utama mereka iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pembangunan sosio ekonomi.

“Apa sahaja yang orang ramai cakap, apa sahaja yang kita lalukan kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

“Kita memudahkan cara, kita membantu ekonomi, tolong orang muda dan orang susah itu matlamat utama DBKL,” katanya ketika berucap pada majlis perpisahannya di Menara DBKL 1 hari ini.

Beliau yang telah menamatkan kontrak perkhidmatan selama dua tahun semalam berkata, sepanjang tempoh itu beliau telah memberikan yang terbaik demi pembangunan ibu kota.

“Apa sahaja yang DBKL lakukan adalah untuk kebaikan Kuala Lumpur,

“Kerjasama yang baik daripada 10,000 kakitangan juga menjadikan DBKL disanjung oleh pemegang taruh,” ujarnya.

Media hari ini melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bekas Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI