fbpx

260 kes baharu, rekod kes harian kedua tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Empat kluster penularan Covid-19 dikesan di tiga negeri di Semenanjung iaitu Kluster Selasih di Putrajaya dengan lima kes, Kluster Jalan Meru, Klang di Selangor (tiga), Kluster Bah Ketil, Langkawi di Kedah (tiga) selain Kluster Joo Hwa di Sabah menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 11,484.

Jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikannya angka kedua tertinggi pernah dicatatkan dalam negara setakat ini selepas rekod 277 yang dilaporkan pada 4 Jun lalu membabitkan 270 warga asing dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes ketiga tertinggi pula dicatat pada 26 Mac iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1 iaitu sebanyak 235 kes.

“Jika dilihat pada peningkatan kes mutakhir ini, ianya tertumpu di dua buah negeri iaitu Sabah dan Kedah. Namun kini terdapat juga kes-kes dan kluster-kluster baharu yang dikesan di negeri-negeri yang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru katanya, dengan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah yang akan berkuat kuasa mulai 3 hingga 16 Oktober depan serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah dapat membantu mengawal situasi di negeri tersebut.

“Diharapkan pendekatan yang lebih agresif ini akan membantu mengawal situasi penularan Covid-19 di Sabah.
“Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi berkaitan akan berusaha sedaya upaya bagi mengawal penularan wabak ini di seluruh Malaysia. Kerjasama semua pihak adalah amat-amat diperlukan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI