fbpx

Usaha sama Petron, Tourism Malaysia, PayNet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Tourism Malay­sia dengan kerjasama Petron Malaysia dan Payments Network (PayNet) melancarkan kempen Fuel Penuh Gaya MyDebit Je de­ngan Kad ATM Anda! dalam usaha mempertingkatkan mobiliti rak­yat serta menggalakkan perbelanjaan dan pelancongan domestik.

Bermula hari ini sehingga 31 Disember ini, pelanggan yang membuat pembelian petrol minimum RM5 menggunakan kad MyDebit ATM di mana-mana 720 cawangan stesen Petron memperoleh penyertaan automatik dan berpeluang memenangi ha­diah menarik.

Hadiah yang ditawarkan ialah motosikal Kawasaki Z250 ABS, Modenas Pulsar NS200 ABS, Go Pro Hero8 Black, point Petron Miles bernilai RM500 dan bekalan Petron Rifer 4T Synthetic Blend untuk tempoh setahun selain baucar penginapan di hotel-hotel terkemuka.

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shu­kri berkata, data Jabatan Pe­rangkaan menunjukkan bahan api kenderaan merupakan komponen kedua terbesar daripada segi perbelanjaan oleh pelancong domestik, diikuti de­ngan sektor beli-belah.

“Promosi seperti kempen bersama Petron ini mampu meningkatkan permintaan penggunaan petrol, sekali gus menambah mobiliti orang ramai melancong dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian kempen ter­se­but di stesen Petron NKVE di Seksyen U1 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof; Pengurus Besar Petron, Faridah Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser.

Sementara itu, Faridah berkata, Petron kini satu-satunya rangkaian stesen minyak yang memberi kemudahan untuk membuat bayaran menggunakan kad MyDebit ATM tanpa dikenakan sebarang caj sejak Januari lalu.

Sebelum ini, pengguna yang menggunakan kad debit di ste­sen minyak akan disekat RM200 dan proses berkenaan boleh mengambil masa sehingga tiga hari.

“Sejak pengenalan fungsi ini, kami melihat peningkatan menggalakkan dalam penggunaan kad debit dan kempen ini diharapkan dapat meningkatkan peratusan penggunaan kad debit berban­ding tunai di stesen minyak ka­mi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI