fbpx

MetMalaysia sedang uji sistem SAATNM di Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyatan MetMalaysia mengenai ujian siren SAATNM di Pelabuhan Klang pagi ini.

KUALA LUMPUR –  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pagi ini di sekitar kawasan Pelabuhan Klang, Selangor.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ujian tersebut bermula pukul 9 pagi sehingga 2 petang.

Jelas MetMalaysia, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya di laman Facebook hari ini._K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI