fbpx

Kompaun sehingga 50 peratus sempena sambutan ulangtahun Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBSA

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan kompaun sehingga 50 peratus selama sebulan bermula esok sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-20.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad, kempen itu sebagai galakkan kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka.

Katanya, antara jenis kompaun dibenarkan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005.

Selain itu, kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007,Undang-undang-Kecil Penjaja (MBSA) 2007 dan Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007.

“Pembayaran kompaun boleh dilakukan di Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) yang akan beroperasi pada setiap hari Sabtu di pasar raya terpilih di kawasan pentadbiran MBSA.

“Di samping itu, kompaun juga boleh dijelaskan di kaunter utama Wisma MBSA,Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning, dan Pejabat Cawangan Setia Alam,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pengurangan kompaun sehingga RM30 turut diberikan bagi kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA).

“Mereka yang dikompaun bagi kesalahan ini juga boleh membuat pembayaran melalui Maybank2U, kaunter Bank Muamalat dan kaunter Bank Rakyat,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI