fbpx

Bayern, Dortmund rebut trofi Piala Super Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN perlu bangkit daripada persembahan hambar ketika menentang Hoffenheim hingga menyaksikan rekod tanpa kalah gergasi Jerman itu sejak Disember tahun lalu akhirnya lebur. – AFP

MUNICH – Bayern Munich berpeluang menambah koleksi trofi mereka apabila bakal berdepan musuh tradisi, Borussia Dortmund pada aksi Piala Super Jerman di Allianz Arena awal pagi esok.

Kedua-dua pasukan pas­tinya mahu bangkit daripada kekecewaan selepas masing-masing tewas pada aksi Bundesliga hujung minggu lalu sekali gus bakal menjanjikan satu aksi yang menghiburkan.

Ketua jurulatih Bayern, Hans-Dieter Flick berharap skuad kendaliannya melupakan kekalahan 1-4 kepada Hoffenheim dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan bertemu Dortmund yang juga tewas 0-2 kepada Augsburg pada Sabtu lalu.

“Saya tahu semua pemain masih kecewa dengan kekalahan kepada Hoffenheim dalam aksi liga tetapi ini adalah peluang terbaik kami untuk menebus kekecewaan itu.

“Semua orang tahu Dortmund tidak boleh dipandang rendah kerana mereka ada ramai pemain hebat dan jurulatih yang bagus. Jadi, kami perlu kembali menampilkan aksi sebenar,” kata Flick.

Sementara itu, pengendali Dortmund, Lucien Favre sedia untuk menurunkan kesebelasan terbaiknya dalam usaha menyekat hajat Bayern merangkul trofi kelima mereka tahun ini.

“Kami tahu Bayern antara pasukan terbaik di dunia ketika ini tetapi tidak mustahil kami boleh ambil kesempatan ke atas mereka. Dortmund tidak akan beri laluan mudah kepada mereka dalam perlawanan itu,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI