fbpx

Arsenal masih belum cukup bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLERIN (tengah) banyak melakukan kesilapan hingga membenarkan Mane (kanan) meledak gol pertama Liverpool awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Bintang Arsenal, Hector Bellerin percaya pasukannya telah menunjukkan pe­ningkatan walaupun tewas 1-3 kepada Liverpool disebabkan tiga kesilapan mudah pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Tiga kesilapan bahagian pertahanan menghadiahkan tiga gol kepada The Reds menerusi Sadio Mane, Andrew Robertson dan Diogo Jota memadam jaringan awal penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette.

Ia membuktikan The Gunners masih terlalu jauh untuk mencabar kejuaraan EPL musim ini selepas gagal meleburkan rekod tanpa kalah Liverpool dalam 61 perlawanan liga apabila beraksi di laman keramat Anfield.

“Arsenal mampu meraih kemenangan atau mencatat keputusan seri berdasarkan peluang-peluang yang kami cipta malam ini (awal pagi semalam).

“Setiap pasukan yang bertandang ke Liverpool tidak boleh mensia-siakan peluang terhidang di hadapan gol dan pada masa sama perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah,” kata Bellerin.

Walaupun kecewa dengan kekalahan tersebut, namun bek kanan Sepanyol berusia 25 tahun itu tetap memuji aksi yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya terutama dalam babak kedua kerana beberapa kali berjaya menembusi benteng pertahanan Liverpool.

“Inilah permainan terbaik yang pernah kami tampilkan apabila menentang Liverpool. Kami masih mampu memberikan tentangan sukar kepada mereka walaupun akhirnya kami tewas dalam perlawanan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI