fbpx

[VIDEO] 1,978 burung spesies dilindungi dirampas dalam Op Khazanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAZIL (kiri) dan Muhammad (tengah) menunjukkan beberapa jenis burung dilindungi yang dirampas dalam satu serbuan di Setapak, kelmarin.

KUALA LUMPUR- Sejumlah 1,978 burung melibatkan 16 spesies dilindungi bernilai kira-kira RM279,960 berjaya dirampas menerusi tiga serbuan Ops Khazanah yang bermula awal tahun ini.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner, Muhammad bin Abdul Halim berkata, tiga lelaki warga tempatan berumur antara 27 hingga 49 tahun berjaya ditangkap dalam ketiga-tiga serbuan berkenaan.

Serbuan terbaharu dilakukan pada 28 September lalu di Setapak, Kuala Lumpur.

“Serbuan ke atas seorang lelaki Melayu berumur 49 tahun berjaya merampas 63 ekor burung yang dilindungi daripada 12 spesies yang dianggarkan bernilai RM89,200.

“Antara spesies yang ditemui ialah burung daun, mas belukar, serindit dan dendang selayang,” katanya pada sidang akhbar Op Khazanah di Ibu Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan, Dr. Pazil Abd. Patah.

Ujarnya, operasi pertama membabitkan rampasan 1,825 burung dilindungi iaitu burung murai kampung dan murai batu di sebuah pusat penyimpanan di Senggarang, Johor bernilai RM120,300.

“Bagi operasi pertama, tiada tangkapan dibuat kerana pusat tersebut ditemui kosong,” katanya.

Bagi operasi kedua, Briged Tengah PGA berjaya membuat serbuan ke atas dua orang lelaki Melayu berumur 27 dan 40 juga di Setapak, Kuala Lumpur dan merampas 90 ekor burung dilindungi iaitu burung ruak-ruak, murai batu, serindit, lekir, kelicap kunyit dan ciak lilin, dianggarkan bernilai RM70,460. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI