fbpx

Sejarah masa lalu Yeji yang kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEJI

SEBELUM berjaya menggenggam gelaran artis popular ketika ini, Yeji daripada kumpulan ITZY sebenarnya terpaksa berdepan sejarah tragik ketika kecil.

Sewaktu berusia seawal lapan tahun, Yeji dijangkiti wabak penyakit berbahaya sehingga didiagnos menghidap tiga jenis penyakit iaitu jangkitan pneumonia, osteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang) dan septic shock atau jangkitan kuman dalam darah.

Meskipun kebanyakan kanak-kanak seusianya sudah sembuh, namun antibiotik dan ubat-ubatan langsung tidak berkesan terhadap Yeji sehingga terpaksa dipindahkan ke sebuah hospital di Seoul.

Dia kemudian menjalani pembedahan kecil untuk membuang cecair yang disebabkan oleh pneumonia dan terpaksa berulang-alik ke hospital selama setahun untuk rawatan lanjut.

Paling menyedihkan, ibunya pernah dimaklumkan doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk berdepan kehilangan Yeji buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, Yeji akhirnya sembuh daripada penyakit tersebut dan kini hidup dalam keadaan yang cukup sihat.

Dia kemudian meneruskan impian ibunya yang mahu melihat dia bergelar seorang artis ternama suatu hari nanti.

Dia menyertai uji bakat anjuran JYP Entertainment pada tahun 2015 sebelum memulakan debut setahun kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI