fbpx

Balu awet mayat suami kerana enggan percaya sudah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat Vimlesh semasa ditemui oleh pihak berkuasa di dalam bilik di kediamannya. - Jam Press

NEW DELHI – Seorang balu di India sanggup hidup bersama mayat suaminya yang diawet selama 18 bulan kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa lelaki itu telah meninggal dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Wanita yang berasal dari negeri Uttar Pradesh itu dipercayai menggunakan produk pembersih jenama Dettol yang disapu pada kulit mayat suaminya yang dikenali sebagai Vimlesh bagi menghalang pertumbuhan bakteria dan melambatkan proses pereputan.

Mangsa yang berusia 35 tahun meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru atau pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19 pada 22 April tahun lalu.

Bagaimanapun, isterinya enggan mempercayai Vimlesh telah meninggal dunia dan menganggap mendiang hanya berada dalam keadaan koma.

Balu itu juga didakwa kerap mengurut mayat suaminya dengan minyak dan menyimbah air suci dari Sungai Ganga ke atas mayat dalam usaha menyedarkan Vimlesh daripada ‘koma’.

Unit pendingin hawa turut dibuka 24 jam sehari dalam bilik yang menempatkan mayat Vimlesh.

Ini juga menghalang bau semula jadi akibat pereputan  dan mengelak syak wasangka jiran sekeliling.

Polis melaporkan bahawa  kulit Vimlesh menjadi hitam akibat proses awet luar biasa dan menyamakan proses itu dengan apa yang dilakukan kepada mumia Mesir.

Sebelum kematiannya, Vimlesh dilaporkan bekerja sebagai pegawai cukai pendapatan. 

Mayatnya hanya ditemui oleh pihak berkuasa selepas tempat kerjanya akhirnya membuat aduan rasmi mendakwa dia tidak datang bekerja sejak April 2021.

Mayat Vimlesh telah dikeluarkan dari rumah minggu lalu sebelum dibakar pada hari Jumaat.

Dilaporkan bahawa balu Viumlesh dan ahli keluarganya yang lain tidak akan berdepan sebarang tuduhan jenayah atas tindakan mereka.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI