fbpx

[VIDEO] Curi di Pahang, kena tangkap di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian mencuri kereta ketika mangsa mengisi minyak di Temerloh, Pahang semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH – Tidak sampai 12 jam melarikan sebuah kereta ketika pemandu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di sini, seorang lelaki akhirnya berjaya ditahan pihak polis semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi semalam itu suspek memasuki kereta mangsa yang tidak dimatikan enjin ketika pemandu kereta jenis Toyota Corolla itu mengisi minyak di Stesen Minyak Petron Semantan di sini.

Berdasarkan rakaman video yang tular dalam media sosial suspek telah memecut kereta berkenaan sehingga menyebabkan mangsa yang cuba mengejar kereta itu terjatuh.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, pihak polis berjaya mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan.

“Tindakan pantas pihak polis telah berjaya menangkap suspek di Subang Jaya kira-kira pukul 1 petang dan suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah lampau telah dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah (IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI