fbpx

Semua ahli UMNO Terengganu sertai jentera parti PRN Sabah jalani kuarantin wajib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin dan ahli Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diarahkan untuk melakukan kuarantin wajib selama 14 hari bermula semalam.- Gambar hiasan.

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Semua pemimpin dan ahli Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diarahkan untuk melakukan kuarantin wajib selama 14 hari bermula semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

“Sekiranya negatif (pada ujian saringan pertama), saya minta mereka ikut arahan Kementerian kesihatan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 kedua pada hari ke-13 kuarantin wajib.

“Saya mohon maaf atas segala ketidakselesaan yang berlaku dan berdoa agar isu ini dapat diatasi segera atas kerjasama semua pihak,” katanya menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook rasminya hari ini.

Ahmad juga mengumumkan serentak dengan itu, semua aktiviti melibatkan Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga 10 Oktober depan.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah meminta semua individu yang pulang dari Sabah bermula semalam sehingga 10 Oktober depan supaya menjalani saringan kesihatan Covid-19 di semua Pintu Masuk Antarabangsa dan Domestik.

Tambah beliau, individu terlibat juga diwajibkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selain perlu memakai gelang kuarantin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI