fbpx

Pemandu maut kereta masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Wira yang dipandu Ah Kaw terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di laluan Jalan Segamat-Gemas, Segamat semalam. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Seorang lelaki maut apabila kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Jalan Segamat-Gemas malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu, mangsa, Chin Ah Kaw, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandunya ketika tiba berhampiran Stesen Minyak BHP Gemas Baharu, Taman Anggerik, Bandar Gemas.

Menurut Komander Operasi PBKII Mansor Mohamad, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa berada di dalam gaung yang berkedalaman kira-kira tiga meter.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati mangsa yang meninggal dunia masih berada di dalam kereta manakala seorang lagi mangsa yang dipercayai isterinya merupakan penumpang kereta yang terselamat.

“Mangsa yang terselamat, Lai Nyee Moi, 54, telah dibawa keluar oleh orang awam dari kereta yang terbabas sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Seramai 16 anggota bomba terlibat bersama satu jentera FRT dan dua jentera FRT terdiri daripada BBP Segamat dan dibantu BBP Gemas dalam operasi menyelamatkan mangsa itu.

Mangsa maut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian berkemungkinan daripada jalan raya yang licin dan hujan lebat.

Operasi ditamatkan pada pukul 8.40 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI