fbpx

150 kes hari ini, tiga kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sebanyak 150 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan tiga kluster baharu dikesan masing-masing dua di Sabah dan satu di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kes itu menjadikan kes kumulatif positif Covid-19 di negara ini melonjak kepada 10,919 kes.

Beliau berkata, tiga kluster baharu yang dikesan adalah Kluster Buang Sayang dan Kluster Sakong di Sabah serta Kluster Setapak di Kuala Lumpur.

“Empat kes positif dikesan menerusi Kluster Buang Sayang, Kluster Sakong (sembilan kes) dan Kluster Setapak (tiga kes),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, daripada 150 kes positif, 146 kes membabitkan penularan tempatan dan empat kes lain adalah kes import dari luar negara.

Noor Hisham berkata, sebanyak 124 kes membabitkan warganegara dan 22 kes pula adalah bukan warganegara.

Menurutnya, empat kes import yang dikesan adalah membabitkan tiga individu yang pulang dari Arab Saudi dan seorang individu yang pulang dari India.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, Sabah terus mendahului jumlah positif Covid-19 tertinggi hari ini dengan 124 kes yang dikesan menerusi Kluster Benteng LD (58), Kluster Bangau-Bangau (20), Kluster Bakau (13), Kluster Pulau (10), Kluster Buang Sayang (3) dan Kluster Sakong (9).

Menurutnya, sembilan kes turut direkodkan di Selangor, Pahang (4), Kuala Lumpur (3), Johor (2) dan masing-masing satu kes di Sarawak serta Melaka.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, satu kematian direkodkan hari ini membabitkan kematian ke 134 iaitu kes ke 10,491 melibatkan warga emas berusia 81 tahun yang disahkan meninggal dunia pada pukul 12.52 pagi tadi di Hospital Tawau, Sabah.

Tambah beliau, terdapat enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI