fbpx

UMNO Melaka teguh bersama Muhyiddin, Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN memegang skrol Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Bidang Pengurusan diterimanya ada majlis konvokesyen Lincoln University College di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam, hari ini.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – UMNO Melaka teguh menyokong penuh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masa kini.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, pihaknya juga percaya terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam menerajui negara ketika menghadapi fasa pandemik Covid-19 ketika ini.

“UMNO Melaka sentiasa mendokong kerajaan Pakatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin.

“Setakat ini, saya tidak mendengar sebarang khabar angin yang mengatakan ada ahli Parlimen daripada Melaka yang telah beralih sokongan kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya ketika pihak pemberita selepas majlis konvokesyen Lincoln University College (LUC) 2020 yang berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Bidang Pengurusan daripada universiti berkenaan.

Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka menegaskan sokongan UMNO negeri juga diberikan terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ujarnya, sebarang keputusan yang dibuat Ahmad Zahid pasti memberi kebaikan kepada parti dan ahlinya.

“Di Melaka, kita sentiasa berdiri teguh di belakang Presiden UMNO serta presiden parti masing-masing dalam (PN).

“Apa pun keputusan daripada Presiden, kami sentiasa menyokong di belakang Presiden,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI