fbpx

Tahanan lari ditahan bersembunyi bersama teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang melarikan diri ditahan bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Gali Hilir di Raub Pahang, semalam.

Oleh ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN

RAUB – Selepas 10 hari melarikan diri daripada tahanan polis, seorang wanita berjaya ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Gali Hilir di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed beekata, dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, suspek yang bersembunyi di rumah rakannya ditahan bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

“Dalam serbuan itu, pihak polis menahan kedua-dua suspek yang berada di dalam bilik di rumah berkenaan.

“Turut dirampas sebuah motosikal yang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri dari tahanan polis pada 14 September lalu,” katanya di sini tadi.

Pada 14 September lalu, seorang tahanan wanita yang dituduh kes dadah nekad lari dalam keadaan tangan bergari ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Raub.

Menurut Kama Azural, kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan Seksyen 225 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI