fbpx
Gambar hiasan

PKPDP Temco Rumah Pangsa Tongkang Yard sehingga 7 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Pentadbiran (PKPDP) Secara Bersasar (Temco) di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak di Alor Setar sehingga 7 Oktober depan selepas sembilan kes positif membabitkan lima rumah dikesan di kawasan terbabit.

Pelaksanaan PKPDP di Daerah Kota Setar sejak 11 September lalu bagaimanapun ditamatkan hari ini seperti yang diumumkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan tempoh PKPDP secara Temco diperlukan bagi tujuan membolehkan saringan kedua dilakukan oleh pihak KKM selepas penilaian mendapati kawasan Rumah Pangsa Tongkang Yard paling berisiko tinggi.

“Seramai 94 orang penduduk di lokasi tersebut telah disaring dan sembilan daripadanya didapati positif Covid-19 yang melibatkan lima buah rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama juga akan ditutup bermula esok sehingga 9 Oktober depan.

“Pihak Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia akan membuat kawalan pergerakan di lokasi tersebut bagi memastikan semua penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perintah kuarantin di rumah,” katanya. -K! ONLINE