fbpx

Dua lelaki parah ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis BMW yang ditembak oleh dua penyerang di Telok Datok, Banting hari ini.

SHAH ALAM – Dua lelaki parah selepas ditembak dua penyerang dalam kejadian berhampiran di sebuah sekolah menengah di Telok Datok, Banting dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang belum diketahui identitinya itu terkena tembakan di beberapa bahagian badan termasuk dada dan sedang dirawat di Hospital Banting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki kedua-dua mangsa.

Katanya, mangsa adalah seorang lelaki Melayu yang merupakan pengawal peribadi kepada seorang lelaki berbangsa India.

“Suspek kemudiannya didapati telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai dada dan beberapa bahagian badan.

“Ketika mangsa cuba melarikan diri, kereta yang mereka naiki telah merempuh tiga pelajar yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dan leher serta beberapa kereta lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Fadzil, hasil siasatan awal turut mendapati motif kejadian dipercayai pergaduhan antara dua kumpulan.

Jelas beliau, usaha memburu kedua-dua suspek sedang giat dijalankan pihaknya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI