fbpx

Dikompaun kali kedua lepas ternakan berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menangkap kambing yang berkeliaran di sekitar Bestari Jaya, Kuala Selangor, dalam satu operasi khas petang semalam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Kedegilan seorang penternak lembu yang masih melepaskan haiwan itu tanpa jagaan di Taman Ilmu, Bestari Jaya di sini, memakan diri apabila dikompaun kali kedua oleh pihak berkuasa di sini semalam.

Operasi khas pukul 6 petang itu hasil maklumat daripada orang awam selepas haiwan ternakan itu memasuki kawasan laluan awam dan taman perumahan.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berkata, semasa serbuan dilakukan didapati lelaki berusia 50an itu sempat menghalau haiwan ternakannya memasuki kandang.

“Kita telah mengeluarkan satu kompaun serta-merta kepada individu tersebut Seksyen 5 (1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971

“Semakan mendapati ini lelaki tersebut pernah dikompaun atas kesalahan sama pada Julai lalu dengan melakukan kesalahan di tempat sama ,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, dalam operasi yang turut disertai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Selangor yang dijalankan di sekitar kawasan Bestari Jaya, Ijok dan Jeram berjaya merampas tiga ekor kambing.

Ujarnya, bagaimanapun pemilik kambing tersebut gagal dikesan dan kompaun akan diserahkan kepada individu itu sekiranya tampil untuk menuntut haiwan tersebut.

“Objektif kita jelas iaitu mencegah haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau berkeliaran di kawasan awam yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara sama boleh menghubungi
talian 03-32891439 atau secara atas talian di laman sesawang selangor.spab.gov.my,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI