fbpx

Anwar umum bentuk kerajaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau telah memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Sehubungan itu, beliau yang juga pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

“Alhamdulillah saya sudah mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Untuk makluman semua, saya telah diperkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin, Selasa pada pukul 11 pagi, tetapi terpaksa ditangguh kerana Yang di-Pertuan Agong menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya pada satu sidang akhbar tergempar di sini hari ini.

Anwar berkata, makluman dan langkah selanjutnya berhubung pembentukan kerajaan baharu akan beliau umumkan selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI