fbpx

147 kes baharu, Kluster Udin pula dikesan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 merekodkan angka tiga digit hari ini dengan 147 kes dilaporkan termasuk di Kluster Udin yang dikenal pasti di Sabah, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,505 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 143 kes adalah penularan tempatan dan empat lagi melibatkan kes import dari negara India dan Indonesia.

Menurutnya, Sabah merekodkan kes tertinggi dengan 134 kes termasuk daripada Kluster Udin yang membabitkan dua warga Filipina.

“Kes indeks Kluster Udin iaitu kes ke-9,894 dikesan pada 12 September lalu selepas saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau.

“Dua kes positif lain adalah kontak rapat kes indeks yang kini dirawat di Hospital Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes lain di Sabah turut membabitkan empat kluster aktif iaitu Kluster Benteng LD dengan 105 kes, Kluster Bangau-Bangau (lapan), Kluster Laut (lapan) dan Kluster Pulau (dua).

Katanya, kes penularan tempatan di Sabah turut melibatkan lima kes saringan jangkitan pernafasan akut teruk, saringan petugas kesihatan di Hospital Semporna (tiga) dan saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Semporna (satu).

Noor Hisham berkata, Kelantan merekodkan satu kes baharu hasil saringan di pintu masuk antarabangsa melibatkan seorang warganegara yang pulang dari Sabah.

“Kedah turut mencatatkan empat kes dari Kluster Sungai dan satu kes saringan komuniti. Selangor melaporkan dua kes melibatkan warga Malaysia iaitu saringan masuk kerja dan saringan kontak rapat.

“Selain itu satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko dikesan di Kuala Lumpur melibatkan warga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, tiga kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan dengan dua di Sabah dan satu di Kedah menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah 133. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI