fbpx

Lelaki maut terjatuh jejambat selepas terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kemalangan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar daripada kenderaannya sebelum terjatuh dari jejambat setinggi lima meter selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 7.6 Kerinchi Link arah Damansara di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 7 malam tadi membabitkan sebuah kereta jenis Kia Spektra dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner.

Difahamkan, kejadian itu disedari peronda Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)  ketika membuat rondaan cegah kemalangan.

Hasil pemeriksaan peronda terbabit mendapati seorang lelaki berada di laluan bawah jejambat.

Mangsa dipercayai terjatuh selepas tercampak keluar dari kenderaannya.

Difahamkan pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI