fbpx

Carrie lupakan suami, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARRIE UNDERWOOD

Keterujaan menerima anugerah Penghibur Tahunan pada Anugerah ACM 2020 membuatkan penyanyi Carrie Underwood terlupa menyebut nama suami dan anak dalam ucapan terima kasihnya.

Perkara tersebut hanya disedari oleh Underwood sewaktu sesi sidang akhbar dan segera menjelaskan situasi tersebut kepada umum.

“Perkara pertama yang ingin saya jelaskan, saya seorang yang bodoh kerana lupa menyebut nama suami, Mike Fisher dan anak-anak, Isiah Fisher dan Jacob Fisher dalam ucapan terima kasih di atas pentas sebentar tadi.

“Mereka orang paling penting dalam hidup saya dan saya sangat sayangkan mereka. Keterujaan membuatkan saya gamam dan tidak bersedia,” katanya.

Dalam majlis yang berlangsung pada 16 September lalu, juara American Idol keempat itu berkongsi anugerah sama dengan rakan penyanyi, Thomas Rhett.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI