fbpx

Beg tangan jemaah wanita dilarikan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran Facebook memohon bantuan menjejak kereta dipercayai digunakan suspek yang mencuri beg tangan seorang jemaah wanita di Masjid Kampung Teris, Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Seorang jemaah wanita tergamam selepas beg tangannya dilarikan pencuri ketika dia menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Kampung Teris, Kuala Berang di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 7.35 malam itu disedari mangsa, Faridah Chik, 54, sewaktu dia dan jemaah lain selesai tahiyat awal pada rakaat kedua solat Maghrib.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa telah bertindak keluar dari saf jemaah sebaik menyedari beg tangan berwarna coklatnya yang diletakkan berhampiran tirai pembahagi saf wanita diambil pencuri.

“Dia sempat nampak kelibat pencuri tersebut memasuki sebuah kereta Protan Satria sebelum keluar dari pekarangan masjid dipercayai menuju ke arah Sungai Tong, Setiu.

“Mangsa bukan sahaja kerugian wang tunai RM120, malah kehilangan segugus kunci rumah dan kereta yang diletakkan di dalam beg tangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, berita kehilangan beg tangan di masjid tersebut tular di media sosial dengan waris mangsa memohon bantuan netizen membantu menjejak kereta Proton Satria yang digunakan suspek. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI