fbpx

Angkara memadu kasih dengan isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi serang lelaki warga Indonesia yang ditemui mati ditikam di Bandar Baru Bangi kelmarin.

KAJANG – Menjalin hubungan sulit dengan isteri orang dipercayai punca seorang lelaki warga Indonesia mati ditikam di hadapan sebuah premis di Jalan 4/1B, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini kelmarin.

Satu sumber berkata, mangsa yang berusia 22 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan premis berkenaan sebelum orang ramai memaklumkan kejadian itu kepada polis pada pukul 7.04 malam.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai mempunyai hubungan dengan isteri suspek yang juga warganegara Indonesia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menurutnya, usaha mengesan suspek berkenaan sedang giat dijalankan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang di sini untuk dibedah siasat.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Motif sebenar kejadian sera­ngan itu masih dalam siasatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI