fbpx

Padah pandu laju, tayar kereta terbenam di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terperangkap di pesisir pantai selepas dipercayai dipandu dengan laju.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

PORT DICKSON – Sebuah kereta jenis Honda City dipercayai dipandu laju sebelum tayar kenderaan itu terbenam di persisiran Pantai Saujana, Batu 4 di sini semalam.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam, 37, berkata, dia melihat kenderaan yang dipandu seorang lelaki warga asing bersama teman wanitanya ketika sedang berkelah di pantai tersebut.

“Ketika itu pukul 7 pagi, saya nampak sebuah kereta jenis Honda City berwarna perak dipandu laju ketika melalui persisiran pantai sebelum tersangkut di dalam pasir.

“Selepas itu, keluar pemandu kereta dan teman wanitanya yang berkulit gelap meminta bantuan orang awam kerana air hampir pasang. Kemudian beberapa orang awam datang membantu menolak kereta itu keluar dari kawasan yang berpasir dan berair,” katanya.

Menurut Mariam, pasangan warga asing dipercayai berusia lingkungan 30-an itu mengaku sampai ke Port Dickson malam kelmarin.

“Saya tidak pasti mengapa mereka memandu laju di persisiran pantai. Mungkin mereka berada dalam keadaan mabuk.

“Apabila ditanya adakah kereta itu disewa, mereka tidak jawab sebaliknya terus berlalu pergi,” katanya yang memberitahu kenderan itu boleh dipandu semula satu jam kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI