fbpx

Tiada keperluan PKP di Tawau dan Lahad Datu ketika ini – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) menyematkan pingat kepada salah seorang penerima sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob menyatakan tiada keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tawau serta Lahad Datu ketika ini walaupun berlaku peningkatan kes Covid-19 membabitkan dua daerah terbabit.

Beliau berkata hanya kawasan yang dikenal pasti berlaku penularan wabak seperti Penjara Tawau dan lokap Ibu Pejabat Polis Lahad Datu bakal dilaksanakan PKP Bersasar (PKPB).

“Tidak wajar jika kita mahu melaksanakan PKP di seluruh Sabah sedangkan kes COVID-19 hanya dikesan meningkat di Tawau dan Lahad Datu. Di Tawau hanya membabitkan penjara dan kita tutup penjara. Bermula depoh tahanan itu, kita nampak banyak sebab kita buat saringan keseluruhan jadi keputusan itu akan keluar setiap hari.

“Kita juga kini kenal pasti kontak rapat mereka yang positif dan membuat saringan dari lokaliti atau kampung mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Sabah hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, lokaliti kontak masih dipantau dan sekiranya didapati keadaan semakin meruncing, barulah ditutup seperti kes kluster Sivagangga di Kedah.

Dalam pada itu, berkaitan sekatan jalan raya dilaksanakan anggota polis di beberapa lokasi sekitar Tawau dan Lahad Datu, beliau menyatakan tindakan terbabit merupakan perkara biasa serta tiada kaitan dengan PKP.

Terdahulu, Pantai Timur Sabah kini terdapat empat kluster utama Covid-19 seperti Kluster Selamat, Pulau, Laut dan Benteng. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI