fbpx

JBPM perkemas operasi penyelamatan kemalangan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pelbagai agensi termasuk JBPM melakukan latihan koordinasi penyelamatan di air di Pulau Perhentian, Kuala Besut dekat sini semalam.

BESUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkemaskan lagi operasi penyelamatan mangsa kemalangan air bagi persediaan musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, Latihan Pengurusan Bencana (D-Mex) membabitkan pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan itu juga bertujuan mengurangkan kadar kematian mangsa lemas.

“D-Mex dapat memperkemas koordinasi dan penyelarasan peranan antara agensi penyelamat dan kecemasan berkenaan sewaktu sesuatu insiden kemalangan air berlaku.

“Ia turut dapat mempertingkatkan strategi kes penyelamatan khususnya di laut agar lebih efisien,” katanya selepas merasmikan D-Mex dan Keselamatan Kebakaran di Pulau Perhentian, Kuala Besut dekat sini semalam.

Mohammad Hamdan berkata, kes kelemasan di pantai dan sungai di negara ini agak tinggi iaitu 161 kes dengan 129 kematian direkodkan sehingga Julai lalu.

Beliau berkata, tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Selangor mencatatkan kes lemas tertinggi setakat ini iaitu 103 kes melibatkan 84 kematian.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Hamdan berkata, JBPM telah mengenal pasti lebih 30 kawasan berisiko sering ditenggelami air di seluruh negara termasuk kejadian banjir luar jangka di luar musim tengkujuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI