fbpx

5 individu cemas lif terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk bantu keluarkan mangsa terperangkap di dalam lif di Flat Taman Batu Permai, Jinjang hari ini.

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas selepas lif yang dinaiki mereka terhempas dari tingkat lima di Flat Taman Batu Permai, Jinjang di sini petang tadi.

Kejadian pukul 2 petang itu turut mengakibatkan kaki tiga lelaki dewasa yang terperangkap dalm lif itu bengkak dan terseliuh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner C. Shanmugamoorthy berkata, berdasarkan laporan pengadu lima mangsa naik lif tersebut sebelum lif itu terhempas secara perlahan ke paras bawah.

“Penduduk bantu membuka pintu lif dan mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap.

“Mangsa di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, syarikat penyelenggara lif berkenaan kini dalam siasatan mencari punca kejadian.

“Lif itu diselenggara mengikut jadual dan kejadian ini pertama kali berlaku.

“Pihak Jabatan keselamatan kesihatan pekerja Wilayah Persekutuan juga tampil untuk siasatan sebelum syarikat lift tersebut membaikinya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI