fbpx
Sharnaaz dan Nabila ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

[VIDEO] Episod akhir Sharnaaz, Nabila ke Mahkamah Syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila Mohd. Noor menemui episod akhir ke mahkamah selepas kedua-duanya bersepakat dengan tuntutan dalam satu perjanjian penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Tuntutan sepakat melalui satu surat yang ditandatangani kedua-dua belah pihak pada pagi ini antaranya membabitkan tuntutan nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nusyuz yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamed Fauzi Mokhtar.

Dalam prosiding itu peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Noor Nabila, 36, selaku plaintif telah mengemukakan bahawa pihak defendan iaitu Sharnaaz ,35, telah bersetuju untuk memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan.

“Pihak defendan juga bersetuju hak penjagaan anak diberikan kepada plaintif selain memberi nafkah anak RM1,200 sebulan. Permohonan nusyuz yang difailkan juga dibatalkan,” katanya yang turut memaklumkan defendan dibenarkan berjumpa dengan anak.

Ujar Zainul lagi, plaintif juga turut bersetuju mengenepikan tuntutan muta’ah kecuali sebuah rumah di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dipindah milik kepadanya.

Terdahulu peguam Ummi Kartini Abd. Latif yang mewakili Sharnaaz mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma dikemukakan.

Selepas terma-terma itu dibacakan, Hakim Syarie Mohamed Fauzi bertanyakan kepada Sharnaaz dan Noor Nabila adakah mereka bersetuju dengan perjanjian tersebut kedua-duanya menjawab bersetuju dan menerimanya secara sukarela.

Sementara itu, Noor Nabila ketika ditemui selepas prosiding itu melahirkan rasa lega kerana dia dan Sharnaaz tidak perlu lagi datang ke mahkamah.

“Lega Alhamdullilah semuanya selesai, segalanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Sharnaaz pula ketika ditemui berkata dia bersyukur kerana kes akhirnya selesai selepas kedua-dua peguam berbincang dan bersepakat menyelesaikan kes.

“Saya dan Nabila, keutamaan kami adalah Jebat. Walaupun kami tidak boleh meneruskan hubungan sebagai suami isteri, tapi kami masih berkawan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan bercerai pada 9 Julai lalu melalui hakam.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini penceraian rumah tangga mereka dilanda kontroversi apabila mereka sering memuat naik kata-kata sedih dalam laman sosial Instagram masing-masing. – K! ONLINE