fbpx
KERETA Mazda tulen (kanan) beserta kereta curi (kiri) yang dijumpai di tempat letak kereta di Bangi, Kajang hari ini.

Tular pemilik Mazda jejak “kembar” kereta curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Gara-gara tak tahan disaman di tempat yang tidak pernah dikunjungi, seorang pemilik Mazda dari Johor sanggup menjejak ‘kembar’ keretanya sehingga di Bangi.

Dalam hantaran di laman Facebook Shidie Art Pelukis Rakyat, kedua-dua kereta asal dan kereta curi mempunyai warna, nombor plat dan cukai jalan yang sama.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kereta itu bukan kereta klon seperti yang didakwa sebaliknya sebuah kereta curi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ujar Mohd. Zaid, kereta itu dijumpai di tempat letak kereta di Bangi, Kajang manakala pemandu kereta itu tidak dapat dikesan.

Tambahnya, kereta curi itu diletakkan di Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk semakan sebelum dihantar ke Beserah, Kuantan, Pahang susulan laporan kes curi dibuat di sana. -K! ONLINE