fbpx

Sembilan lagi kerbau Syukur mati termasuk Semek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Syukur bersedih dengan kematian Semek di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Air mata Muhammad Syukur Khamis, 15, yang dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ terus tumpah apabila sembilan lagi kerbau peliharaan keluarganyanya mati akibat wabak hawar berdarah hari ini.

Tambah memeritkan, antara haiwan ternakan bapanya, Khamis Jusoh, 64 yang mati itu adalah antara kerbau kesayangannya, Semek.

“Kebimbangan saya sejak seminggu lalu akhirnya menjadi kenyataan. Kini hanya tinggal (kerbau kesayangan) Tokol dan Along sahaja.

“Tambah menyedihkan saya, sudah 50 ekor kerbau ayah saya mati akibat wabak hawar berdarah sehingga hari ini (semalam),” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan hati Muhammad Syukur luluh menyaksikan 36 kerbau peliharaan bapanya mati bergelimpangan di dalam kandang disebabkan wabak hawar berdarah.

Dia sudah menganggap haiwan ternakan yang dibelanya sejak berumur enam tahun berkenaan sebagai sahabat.

Muhammad Syukur mula terkenal sejak awal tahun lalu apabila gambar selepas gambarnya bermesra dengan sekumpulan kerbau sering memenangi anugerah fotografi antarabangsa termasuk yang terbaharu Imej Asia 2020 bagi bulan Ogos bagi kategori Orang/Jalanan oleh Asian Geographic. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI