fbpx

Kementerian siasat dakwaan pesawat AS menyamar pesawat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) memakaikan Pin Kempen Tabung Pahlawan kepada Datuk Nashrudin Elias (tengah) pada majlis santai petang Menteri Kanan Pertahanan bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR- Kementerian Pertahanan sedang menyiasat dakwaan pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) yang menyamar sebagai pesawat awam Malaysia ketika meronda di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kementerian masih belum mempunyai dapatan mengenai dakwaan itu.

“Banyak perkara yang timbul di media sosial sebenarnya perlu disiasat dahulu.

“Setakat ini kementerian tidak mempunyai apa-apa pengesahan mengenai dakwaan itu,” katanya pada sidang akhbar majlis santai petang bersama penggiat seni sempena Kempen Tabung Pahlawan di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Affendi Buang. Terdahulu, beliau memakaikan pin kepada penggiat-penggiat seni yang terlibat dalam majlis itu.

Ismail Sabri mengulas mengenai dakwaan sebuah pesawat pengintip RC-135W milik Tentera Udara AS yang didakwa menggunakan kod palsu sebagai pesawat komersial Malaysia untuk mengelirukan China.

Berdasarkan laporan SCS Probing Initiative, kejadian dilaporkan berlaku pada 8 September lalu ketika pesawat melakukan penerbangan antara Hainan dan kepulauan Paracel.

Tambah beliau, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat dakwaan mengenai syarikat berkaitan tentera China mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia seperti yang dilaporkan Australian Broadcasting Corporation (ABC) semalam.

ABC mendakwa syarikat Zhenhua Data yang mempunyai hubungan dengan rangkaian pengintipan dan ketenteraan China mengutip dan mengumpul data 2.4 juta orang termasuk rakyat Australia, AS, Malaysia, India, Indonesia, Kanada, Britain dan Papua New Guinea. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI