fbpx

Lelaki tular kaki di ‘handle’ motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal yang sebelum ini tular kerana menunggang motosikal secara berbahaya selepas meletakkan kedua-dua belah kaki di ‘handle’ motosikalnya ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek berusia 36 itu tahun ditahan kira-kira pukul 8.45 malam ketika hadir untuk menyerah diri selepas mengetahui dirinya dicari pihak polis.

“Suspek yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk melakukan ujian air kencing yang akhirnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek seterusnya ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegas beliau.

Kosmo! hari ini melaporkan tentang seorang lelaki yang menjadi buruan polis selepas satu klip video memaparkan tindakannya menunggang motosikal sambil meletakkan kedua-dua belah kaki di ‘handle’ motosikal menjadi tular.

Klip video berdurasi 41 saat itu menerima kecaman ramai pihak yang turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI