fbpx

Hatrik Salah selamatkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH meledak hatrik pada aksi pertama musim baharu ketika Liverpool menewaskan Leeds 4-3 di Anfield awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menjadi penyelamat buat pasukan itu apabila meledak hatrik ketika menewaskan Leeds United 4-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi sema­lam.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada pemain antarabangsa Mesir itu apabila dia tenang menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan.

Klopp percaya Salah akan te­rus menjadi tonggak buat pasukan itu dalam usaha mereka mempertahankan takhta kejua­raan liga yang dimenangi musim lalu.

“Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Salah kerana dia adalah pemain yang sangat istimewa.

“Gol yang dijaringkan hari ini (semalam) membuktikan kemampuannya.

“Saya tahu dia jaringkan tiga gol pada perlawanan ini tetapi apa yang paling penting adalah aksi keseluruhan ditunjukkan sepanjang perlawanan,” kata Klopp.

Sementara itu, beliau juga mengakui tidak bimbang dengan kerapuhan benteng pertahanan The Reds, lebih-lebih lagi me­nyaksikan Virgil Van Dijk melakukan beberapa kesilapan.

“Saya tidak nampak benteng pertahanan kami sedang bergelut.

“Mana-mana pasukan mungkin akan bolos berdasarkan aksi yang mereka tampilkan pada perlawanan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI