fbpx

36 kerbau Syukur mati dipercayai akibat hawar berdarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 11 ekor kerbau peliharaan Khamis yang mati dipercayai akibat hawar berdarah di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 36 ekor kerbau peliharaan ayah Muhammad Shukur Khamis, 15, yang dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ mati sejak Rabu lalu dipercayai disebabkan penyakit hawar berdarah di Kampung Bujuk di sini.

Menurut bapanya, Khamis Jusoh, 64, kerugian yang dialaminya akibat kematian mengejut kerbau-kerbau itu dianggarkan RM200,000.

“Mula-mula empat ekor daripada lebih 100 ekor kerbau peliharaan saya mati pada Rabu lalu diikuti yang lain termasuk 11 ekor hari ini.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu mengesyaki kerbau-kerbau saya dijangkiti hawar berdarah berdasarkan simptom-simptom yang terdapat pada haiwan itu,” katanya ketika ditemui di kandang kerbau di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI