fbpx

KBS mohon pelepasan cukai barangan sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL.

Oleh NOR IDAYU BOSRO

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan memohon Kementerian Kewangan memberi insentif percukaian bagi pembelian peralatan sukan menerusi Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, cadangan tersebut antara permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2021.

Menurutnya, ia sebagai galakan kepada orang ramai khususnya ibu bapa untuk membuat pelaburan dalam bidang sukan untuk anak-anak mereka.

“Tahap kepedulian rakyat terhadap sukan semakin meningkat bukan hanya untuk diri sendiri malahan juga anak-anak.

“Justeru, kita minta supaya diberi pelepasan cukai kepada mereka yang membeli peralatan sukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Felo Korporat 2020 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada majlis itu, seramai 30 peserta menyertai program tersebut yang dijadualkan bermula hari ini hingga Mac 2021.

Program tersebut membabitkan 22 syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antaranya Axiata Group Berhad dan Khazanah Nasional Berhad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI