fbpx

Malaysia rasmi tolak penganjuran Sukan Komanwel 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CGF telah memberi peluang buat Malaysia menjadi penganjur bagi menggantikan Australia yang telah menarik diri tahun lalu. Foto AFP

TEKA-teki mengenai cadangan untuk membawa hak penganjuran Sukan Komanwel 2026 akhirnya terjawab apabila pihak Kerajaan sebulat suara menolak tawaran yang diberikan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), keputusan itu dibuat selepas berakhirnya Mesyuarat Jemaah Menteri dengan meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Kata kenyataan tersebut, tawaran CGF sebanyak £100 juta (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berprestij antarabangsa itu.

“Delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari lepas.

“Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah £100 (RM603 juta) dijangka tidak
mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

“Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini.

“Justeru, pihak kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran daripada CGF dan mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, selain Malaysia, CGF turut menawarkan peluang buat negara jiran, Singapura untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel edisi ke-23 buat kali pertama pada edisi 2026 nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI