fbpx

Tidak perlu anjur jika guna duit rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah ketika di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JPM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 yang telah ditawarkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) baru-baru ini sekiranya terpaksa menggunakan duit rakyat.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, kementeriannya berpandangan jika kerajaan ingin menganjurkan temasya tersebut, perbelanjaannya tidak harus melebihi daripada jumlah geran yang diberikan iaitu 100 juta pound (RM602 juta) disediakan CGF.

“Kerajaan perlu teliti dalam memperincikan setiap aspek bagi mengelakkan keputusan sambil lewa diambil dan yang pasti, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Tidak akan sama sekali kita bazirkan wang pembayar cukai walau kita sudah sedia anjurkanny (Sukan Komenwel),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang ingin tahu apakah pendirian kerajaan terhadap tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Tambah Hannah, CGF akan menawarkan bantuan peruntukan (geran) RM603 juta, sekiranya Malaysia bersedia menganjurkan sukan ketiga terbesar di dunia yang diadakan setiap empat tahun sekali itu.

“Jika kerajaan bersetuju untuk menganjurkan, maka KBS akan mencadangkan perbelanjaan tidak melebihi geran yang diberikan oleh CGF.

“Jika mengambil kira wang cukai terpaksa digunakan mungkin pilihan terbaik yang akan diambil oleh kerajaan ialah untuk tidak menganjurkannya. Tapi, yang ini kita perlu menunggu keputusan kabinet esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI