fbpx

Sukan Olimpik 2024: Kontinjen Malaysia dijangka lebih kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto hiasan Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 tahun lalu.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak menafikan kemungkinan Malaysia menghantar jumlah kontinjen yang lebih kecil ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada Julai depan.

Sebagai rekod, buat masa ini hanya lima atlet yang telah mengesahkan slot ke temasya sukan terbesar dunia itu seperti Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya).

Menurut Hannah, semua atlet telah melakukan yang terbaik dan andai tidak berjaya layak, kontinjen negara perlu terima keputusan dengan tangan terbuka.

“Saya percaya atlet kita sudah melakukan yang terbaik, jika ada yang tidak layak, mereka kena menerimanya. 

“Sudah tentu kita akan buat penambahbaikan dan sebab itu program Road To Gold (RTG) sudah mengenal pasti atlet berpotensi selain program Fast Track (diwujudkan) untuk Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

“Masih ada (ramai atlet) yang dalam proses kelayakan dan harap yang masih dalam proses itu berjaya,” katanya pada sidang media di Putrajaya pagi tadi.

Antara nama besar yang terlepas temasya Olimpik kali ini seperti ratu terjun negara dan pemenang pingat dua kali, Datuk Pandelela Rinong selain rakan seperjuangan seperti Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee

Berdasar situasi semasa, badminton dijangka menghantar jumlah atlet tertinggi dengan jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong serta Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dalam kedudukan terbaik untuk ke Paris.

Selain itu, jaguh berbasikal trek, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut diletakkan harapan tinggi untuk layak secara automatik ke Olimpik kali ini.

Sebelum ini, Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan harapan seramai minimum 25 hingga 30 atlet yang boleh layak ke temasya yang akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI