fbpx

Gaya hidup moden, ketenangan alam Tiara Sendayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reka bentuk dan konsep kediaman di Tiara Sendayan menepati ciri-ciri rumah impian kebanyakan orang.

Anda sedang mencari sebuah rumah idaman. Rumah dengan persekitaran kondusif untuk anak-anak membesar dan selesa didiami sehingga meniti usia senja. Antara ciri-ciri yang sering menjadi pilihan selalunya ialah kediaman bertanah, lengkap dengan fasiliti dan kemudahan moden untuk gaya hidup seharian namun pada masa sama menawarkan persekitaran tenang, damai serta terasing daripada kesibukan kota.

Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah lokasi serta harga berpatutan berdasarkan suasana pasaran masa kini.

Tiara Sendayan terletak di lokasi strategik di kawasan selatan Lembah Klang.

Sekiranya anda berminat dengan pembangunan pesat yang sedang berlaku di kawasan selatan Lembah Klang, projek Tiara Sendayan di bawah pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd. wajar dipertimbangkan.

Terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan di daerah Labu, Negeri Sembilan, Tiara Sendayan meliputi kawasan seluas 295 ekar (119.38 hektar) yang dibahagikan kepada sembilan presint termasuk premis komersial.

Central Park merupakan tempat riadah terbaik buat penduduk Tiara Sendayan, membantu memberikan keseimbangan buat pemilik dalam soal kerjaya, gaya hidup dan keluarga.

Antara ciri eksklusif Tiara Sendayan ialah elemen hijau yang cuba diterapkan pemaju. Selain tanaman pokok hiasan di sepanjang jalan, kemudahan Central Park seluas 12 ekar (4.85 hektar) menjadi antara daya tarik utama projek pembangunan ini.

Ia dilengkapi gelanggang futsal dan bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, trek joging serta rumah pokok. Lokasi tersebut turut mempunyai unsur air serta kawasan lapang yang menggamit sekeluarga beriadah dan bersantai. Pemandangan menarik di tepi tasik ditambah fasiliti serba indah juga sesuai dijadikan lokasi fotografi.

Antara kemudahan yang disediakan di Central Park Tiara Sendayan.

Tiara Sendayan mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage. 

Selain itu, kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan akses mudah kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran, seperti d’Tempat Country Club, Sekolah Kebangsaan Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan, Klinik Kesihatan Sendayan serta Masjid Sri Sendayan yang kesemuanya berada pada jarak tujuh kilometer atau kurang.

Dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik perhatian pembeli, tidak hairanlah setiap penawaran kediaman di Tiara Sendayan sebelum ini mendapat sambutan hangat dengan lima presint yang dilancarkan sebelum ini telah habis dijual dalam tempoh dua tahun.

Bilik utama Gacella mempunyai pencahayaan semula jadi yang baik untuk memberi ketenangan dan suasana rehat buat pemiliknya.

Untuk tahun 2020, Tiara Sendayan menawarkan fasa baharu pembangunannya, Gacella, iaitu perumahan teres moden dua tingkat terletak di presint enam. 

Pada harga RM498,888, Gacella menawarkan reka bentuk yang sofistikated, kemasan serba moden dan cukup selesa untuk didiami dengan luas binaan bermula daripada 2,174 kaki persegi (201.97 meter persegi). 

Kediaman ini dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berasingan, ruang istirahat keluarga di tingkat atas, tiga bilik air dan  empat bilik tidur yang boleh dipelbagaikan fungsinya selain sebagai kamar beradu.

Kediaman selesa dan luas sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Dengan potensi peningkatan nilai hartanah yang tinggi hasil gabungan pelbagai faktor termasuk lokasi strategik kira-kira 22 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, status pegangan bebas, reka bentuk kediaman moden dan kemudahan asas lengkap, penawaran terbaharu Tiara Sendayan ini semestinya sesuatu yang sukar untuk dilepaskan.

Pembeli juga bakal menerima pelbagai promosi menarik untuk tempoh terhad.

Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut projek Tiara Sendayan boleh menghubungi 1800-88-2688 atau daftar di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI