fbpx

Zverev bangkit teruskan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZVEREV menjadi salah seorang calon untuk merangkul gelaran Grand Slam Terbuka AS kali ini. – AFP

NEW YORK – Pemain Jerman, Alexander Zverev menepati ramalan mara ke separuh ­akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Borna Coric 1-6, 7-6, 7-6, 6-3 di peringkat suku akhir semalam.

Meskipun memulakan aksi dengan agak perlahan apabila tewas set pertama, namun pilihan kelima kejohanan itu melakukan kebangkitan sebelum memastikan tempat ke separuh akhir.

Zverev mengakui penyingkiran pemain No.1 dunia, Novak Djokovic Isnin lalu membuka ruang buat pemain-pemain lain merebut peluang memenangi kejohanan itu.

“Berita mengenai Novak (Djo­kovic) mengejutkan kami semua tetapi ia memberi peluang kepada pemain-pemain muda bersaing merebut gelaran pada sai­ngan kali ini.

“Pada perlawanan hari ini (semalam) saya berjaya mendominasi permainan. Dia (Coric) dilihat bergelut dengan prestasi sendiri apabila sukar bermain dengan baik,” kata Zverev.

Bagaimanapun, pemain tinggi lampai itu enggan berasa terlalu selesa, sebaliknya sedia memberikan sepenuh fokus menje­lang aksi separuh akhir menentang pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta esok.

“Saya tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan ini kerana aksi akan menjadi lebih sukar. Saya tekad untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI