fbpx

Orang Asli di Gua Musang terus terima bantuan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahbuddin (kanan) menyampaikan bantuan kotak makanan kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 3,000 ketua isi rumah (KIR) Orang Asli dari 16 buah pos penempatan di sini tidak putus-putus menerima bantuan makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini.

Bantuan berterusan itu disumbangkan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) sejak 18 Mac lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman menerima bantuan makanan harian secara berperingkat.

Katanya, sepanjang tempoh itu tidak timbul isu kekurangan makanan kerana bekalan mencukupi apabila menerima sumbangan hampir setiap bulan.

“Kita juga sentiasa berhubung dengan penghulu kampung untuk mengetahui keadaan Orang Asli yang terjejas ketika Covid-19.

“Hari ini, kita menyampaikan 100 kotak makanan kepada keluarga asnaf Orang Asli sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (Peka GM) yang tinggal di enam buah kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Konvoi Amal Fastabiqul Khairat di Tanah Tinggi Lojing di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Peka GM berkata, program itu diadakan khusus bagi membantu asnaf Orang Asli yang memerlukan sumbangan.

Katanya, seramai 100 penunggang motosikal berkonvoi ke kampung Orang Asli yang bermula di Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra di sini hingga ke Masjid Lojing.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI