fbpx

Mertens tamatkan langkah Kenin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERTENS berjaya mengejutkan Kenin yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan untuk mara ke suku akhir. – AFP

NEW YORK – Bintang tenis dari Belgium, Elise Mertens mencipta kejutan tersendiri selepas menewaskan pemain pilihan kedua, Sofia Kenin dengan kemena­ngan straight-set 6-3, 6-3 untuk melangkah ke pentas suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) semalam.

Kata Mertens, corak permai­nan agresif dan taktikal me­nyerang yang dilakukannya menjadi tonik penting dalam memastikan rentak juara Terbuka Australia itu berjaya dipatahkan.

“Saya mempamerkan aksi agresif pada peringkat awal perlawanan dan ia berjaya memberi tekanan buat Kenin sehingga menyukarkannya membalas pukulan yang cuba saya lakukan.

“Malah, pukulan servis yang saya lakukan sepanjang perlawanan ini juga agak menjadi dan ia memberi kelebihan buat saya mengutip mata penting,” kata Mertens yang akan membuat perhitungan dengan Victoria Azarenka di pusingan suku akhir nanti.

Sementara itu, juara Grand Slam 23 kali, Serena Williams turut melangkah ke pusingan suku akhir dengan menewaskan pemain pilihan ke-15, Maria Sakkari dengan keputusan 6-3, 6-7, 6-3, dalam tempoh dua jam 24 minit.

“Pujian harus diberikan kepada Sakkari yang memberikan tentangan sengit sepanjang sai­ngan khususnya pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Ia adalah aksi yang memenatkan tetapi saya gembira apabila berjaya mara ke saingan suku akhir,” katanya.

Serena yang kini memburu gelaran Grand Slam ke-24 peri­badi akan membuat perhitungan dengan pemain kelayakan dari Belarus, Tsvetana Pironkova yang mencipta kejutan ke atas Alize Cornet dengan kemena­ngan 6-4, 6-7, 6-3. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI