fbpx

Kudrat ‘cikgu memandu’ pada usia 80-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ariffin dan Maznah menunjukkan sijil pengiktirafan gred lima bintang yang diterima lima institut memandunya pada Majlis Penganugerahan Penggredan Institut Memandu di Ibu Pejabat Kementerian Pengangkutan di sini semalam.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Pada usia mencecah 80-an, sepasang warga emas masih punya kudrat luar biasa untuk menguruskan ‘sekolah memandu’ yang mereka bangunkan sejak 43 tahun lalu.

Bagi Mohd. Ariffin Yusof, 84, dan isteri, Maznah Abdullah, 80, mereka berdua masih turun ke pejabat setiap hari bagi memantau perjalanan lima buah institut memandu yang beroperasi di Kemaman, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang.

Ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Penggredan Institut Memandu di Ibu Pejabat Kementerian Pengangkutan di sini semalam, pasangan itu sudah menganggap perusahaan yang dibangunkan mereka sejak tahun 1979 itu umpama anak sendiri.

Mohd. Ariffin berkata, dia dan isteri tidak lagi mengajar memandu sebaliknya masih turun ke pejabat setiap hari bagi memantau perjalanan dan operasi institut memandu itu sambil dibantu dua anaknya dari segi pengurusan.

“Saya dan isteri membuka sekolah memandu pertama di Gong Badak, Kuala Terengganu dan kami berdua sebagai guru memandu.

“Pada masa itu, kami ada enam buah kereta jenis Datsun 120y dan sebuah lori yang dibeli dari Singapura. Dulu nak dapat lori di Malaysia susah, kena pergi Singapura,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata, dia akui pernah membawa tiang tempat parkir dalam kereta ketika mengajar memandu calonnya.

“Dulu kita bawa tiang parkir dalam kereta. Di mana ada pokok rendang di situ saya buat ajar parkir,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI