fbpx

Ceupacs mahu bertemu Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (tiga dari kanan) beramah mesra dengan ketua -ketua jabatan kerajaan selepas menyampaikan sijil penghargaan barisan hadapan pandemik Covid-19 di Dewan Taming Sari , Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap dapat bertemu dengan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pertemuan bagi membentangkan lima perkara yang diumumkan kepada penjawat awam sebelum ini.

Lima perkara itu ialah kenaikan gaji tahunan, penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) selama 75 hari, Sara Hidup (Cola) sebanyak RM50, gaji tambahan kepada guru gred DG56 dan pemendekan kenaikan pangkat dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, setakat ini lima perkara itu masih tertangguh berikutan perubahan kerajaan baru.

“Kita berharap Perdana Menteri memberi kerjasama dan melaksanakan segera berhubung perkara itu kerana kita sudah berbincang daripada segi proses, justifikasi, peruntukkan dengan muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Kepada Barisan Hadapan Menangani Pandemik Covid -19 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI